Full Screen ||  Normal Screen Macam-macam: Nenek jadi pelajar tertua di dunia

Macam-macam: Nenek jadi pelajar tertua di dunia


Gambar seorang nenek di dalam kelas bersama 'rakan-rakan'.


Berita Harian: 8 April 2010

BEIJING: Seorang nenek berusia 102 tahun menjadi murid sekolah rendah tertua di dunia selepas kembali ke sekolah di sini.

Ma Xiuxian, dari Jinan, wilayah Shandong, mula bekerja di kilang kapas pada usia 13 tahun, lapor akhbar Qilu Evening Post.

Namun, beliau sentiasa berharap untuk mendapat peluang belajar dan kini kembali ke sekolah bagi menyambung impiannya.

“Saya gembira akhirnya dapat merealisasikan impian bersekolah pada usia ini,” kata Ma. – Agensi

Buat pertama kali, selepas ditemu ramah oleh sebuah akhbar tempatan, tentang impiannya yang belum tercapai akhirnya pada 31 Mac 2010 beliau telah di beri peluang untuk belajar di Weishan Road Elementary School.

Dengan kelengkapan peralatan dan beg sekolah nenek Ma juga membawa sebuah kanta besar untuk bersama murid-murid belajar di dalam kelas.