Full Screen || Normal Screen Majlis perkahwinan disertai 40,000 orang

Majlis perkahwinan disertai 40,000 orang

ASAN - Kira-kira 40,000 orang mengambil bahagian dalam majlis perkahwinan beramai-ramai yang diadakan serentak di Seoul dan beberapa negara lain semalam.

Majlis bertemakan pakaian serba putih itu dianjurkan oleh Paderi Myung Moon dari Korea Selatan yang mengasaskan mazhab Penyatuan Gereja.


Kira-kira 20,000 orang mengambil bahagian dalam majlis perkahwinan beramai-ramai di Asan semalam.


KOSMO: 15 Oktober 2009

Kira-kira 20,000 orang berkahwin di kampus Universiti Sun Moon di sini, selatan Seoul semalam manakala sekitar 20,000 lagi menghadiri majlis sama di Amerika Syarikat, Brazil Australia dan di beberapa tempat lain.

Paderi itu muncul dengan memakai sut hitam manakala isterinya pula memakai blaus dan skirt putih.

"Saya berdoa agar kamu menjadi suami dan isteri yang baik," katanya pada majlis perkahwinan itu.

- AP





Untuk lihat video, klik video di bawah