Full Screen ||  Normal Screen Budak 11 tahun bersalin pada hari perkahwinan

Budak 11 tahun bersalin pada hari perkahwinan


KORDEZA ZHELYAZKOVA bersama bayinya, Violeta di Sliven, Bulgaria baru-baru ini.


KOSMO: 3 Sep 2009

SOFIA - Belum pun sempat memasuki sekolah menengah, seorang budak perempuan warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova kini bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Malah, Zhelyazkova berbangga kerana bayi itu lahir pada hari perkahwinannya dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun, Jeliazko Dimitrov.

Selepas bermalam bersama bayi seberat 2.6 kilogram yang diberi nama Violeta itu, budak perempuan tersebut kembali menyarung gaun pengantin untuk menyelesaikan upacara perkahwinan yang sebelum ini tergendala.

"Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu," katanya ketika berada di sisi suaminya di hospital berkenaan.

Keluarga Zhelyazkova gembira dengan kelahiran anggota baru keluarga mereka.

Zhelyazkova yang merupakan ibu paling muda di ibu kota Bulgaria itu hamil dua minggu selepas menyambut hari jadinya yang ke-11. - Agensi