Full Screen || Normal Screen Isteri tertuduh bersalin di mahkamah

Isteri tertuduh bersalin di mahkamah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


ORANG ramai di Kompleks Mahkamah Perlis, Kangar memberi bantuan kepada Shahidawati yang melahirkan bayi lelaki semalam.


KOSMO: 18 Januari, 2013

KANGAR – Kompleks mahkamah di sini semalam riuh rendah apabila isteri kepada seorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan dadah terpaksa melahirkan anak dalam kawasan mahkamah.

Semasa kejadian pukul 11 pagi, Shahidawati Shabudin, 37, berada di luar mahkamah sementara menunggu suaminya yang didakwa di Mahkamah Majistret di situ.

Mengikut seorang peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli, wanita itu yang mengalami sakit perut secara tiba-tiba meninggalkan kamar mahkamah sebelum dia mencari tempat duduk di kawasan mahkamah.

“Tindakan wanita itu disedari seorang tukang cuci wanita yang bertugas di mahkamah dan ketika itu Shahidawati sudah mengalami pendarahan.

“Sebaik diperiksa, kepala bayi telah keluar menyebabkan tukang cuci terbabit terpaksa menyambut bayi itu yang kemudian selamat dilahirkan oleh ibunya,” kata Rabiatul.

Artikel ini disiarkan pada : 18/01/2013