Full Screen || Normal Screen
Kolam renang paling padat di dunia

Kolam renang paling padat di dunia


Ketat padat: orang ramai berenang ke dalam kolam renang dikenli 'Laut Mati' China di daerah Daying, Provinsi Sichuan, semalam


.

Kolam renang paling padat dalam dunia.


KOSMO: 22 Ogos 2011

DAYING, China Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama Laut Mati China dan terletak di sebuah taman tema air di sini, wilayah Sichuan.

Ramai pengunjung mandi di kolam tersebut walaupun ia dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu baru-baru ini.

Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi.

Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.

Ekoran kadar kemasinan kolam itu lebih 22 peratus, orang ramai akan mudah terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat.

Jika pengunjung tidak mahu berenang, resort ini juga menawarkan pusat Spa, padang golf. Agensi

artikal lanjut di http://www.dailymail.co.uk/



Untuk lihat video, klik video di bawah